Friday, October 28, 2005

Arini last keja..

Arini dr pagi masuk opis je terus dengar lagu raya tak sudah-sudah. Raya mood skrg ni, masing2- dah maleh nak buat keja sangat. Dahlah bebudak dibagi cuti lelama, ada lagi yang balik smlm, hampeh betul diorg ni. Anak-anak bangsa sendiri gak tu, taktau camana nak cakap lagi. Kalau bab cuti cepat je diorg balik, kelas entah kemana asyik ingat nak cuti je.

Td pagi aku pi umah baby sitter anak aku kat kuarters. Saja khabar-khabarkan bak kata orang 'jawa'. Aku bawakkanlah sikit kueh raya yang aku beli dr Kak Tek n Bedah n aku bagi sehelai tudung untuk akak n anak2 dara dia 2 orang. Saje lah nak raya ni kan, lagipon dapat bonus.. kongsi2 rezeki. Lgpon aku pikir itu tak seberapa berbanding budi dia jaga anak aku macam anak dia sendiri. Akak n laki dia, pastu Anak-anak dia pon suka n sayang ngan anak aku. Tapi aku dah jarang antar anak aku kat kakak tu lagi sbb aku dah ada maid kat umah utk jaga anak dara aku Aishah. Memula dulu akupikir dah ada maid takyah antar lagi kat ahkak tu, tp atas permintaan kakak tu soh jugak bawak anak aku kekadang pon takpa sbb diorg rindu nak main sama Abang. Aku kekadang jd serba salah.. tp nasib baik akak tu tak berkira.. kami mintak bayar ikut ari kami antar je sbb nak bayar gaji maid tu.. pastu aku laks baru beli kereta baru. Alhamdulillah akak paham..

Thursday, October 27, 2005

My first post everr!!

Assalamualaikum..

This is my first post ever... aku sebenarnya dah lama terhingin nak ada blog sendiri.. tp server sini slow giller.. asyik padam jerk.. kalau baca member2 nyer blog, tak sempat nak comment.

So, arini dah 23 Ramadhan..7 days to go... bayangkanlah.. semenjak dah beranak2 kecik ni, aku tak berkesempatan nak solat tarawikh.. azam aku sblm ramadhan datang, aku nak khatamkan Qur'an...cam tak sempat je.. adalah 2 juz je takat arini.. sob..sob.. sedih..padahal aku dah bawak Qur'an ke opis, tp kat opis ngan keja2 opis lagi..

Tadi laks aku dapat call.. lepas raya ada lak 1st visit untuk akunyer internship.. terus aku berdebar2 sbb WIM aku yang dah siap baru 1 set setengah... uwwwaaaaaaa!! Nasib le ada kawan opis aku nie dah settle dianyer internship, sudi nak pinjamkan sket materials. Hope he'll be blessed...

Hummm apa yang menarik setakat nie.. my 2nd baby is starting to crawl.. dia dah nak masuk 10months old tapi tak pandai merangkak lagi.. aku cam risau gak.. sbb oldies kata kalau girl ni cepat semuanya, tp sebaliknya anak aku ni.. compared to my 1st one dulu.. walaucamanapon alhamdulillah dengan apa yang dah ada..Tp ada satu lagi tebiat anak dara aku sorg ni, tetiba lak dia dah pandai menjerit.. hehehhe selalunya org dok puji kalau tengok dia "eh, pendiam je dia yer..." kalau neneknya pulak.. "aishah ni cam takde perasaan laaa..." what so everlah... tp skrg ni dia tunjukkan belang.. muakakak

dah kol 4. Nanti aku nak blog lagi